Hai!! Dah lama rasanya tak buka blog ni. Biasalah kalau dah sibuk dengan study tu. Ok. Page kali ni min nak cerita kan perkara yang lebih menarik lagi- lagi korang yang diluar sana yang berminat dengan bidang kesetiausahaan. Science Secretarial dalam english nya pula. Firstly, i thought that this course was so bored tapi bila dah dapat habis sem ni rasa tak rugi pula masuk course ni. Meh, min citer apa yang best nya. Course ni kira layak juga bagi yang tak berminat dengan angka- angka nombor bagai ni sebab course ni kurang menggunakan math. Bukan tak ada tapi kurang berbanding dengan course yang lain.
Manakala, di Politenik Mukah subjeknya takla susah mana. Cuma ada 1 subjek ni yang min minat sangat iaitu Shorthand semasa semester 1. Apa itu shorthand? Shorthand ni bukan tangan pendek tapi subjek ni mengajar kita menguris ayat dalam gurisan bukan tulisan. Kalau dilihat macam tulisan jawi sebab kebanyakkan dia menggunakan simbol. Ia berperanan untuk meringkaskan nota dengan gurisan dan untuk mencatat nota dengan cepat. Kalau dulunya ia berfungsi sebagai gurisan untuk mencatat maklumat rahsia syarikat.
Antara subjek- subjek nya ialah (semester 1):
- Shorthand 1 ( Killer Subject )
- Communicative English
- Occupational Safety and Health
- Keyboarding skill
- Office Administration
- Pengajian Malaysia(Umum)
- Office Suite Software
Itu adalah antara subjek yang korang akan belajar dalam semester 1. Untuk semester yang lain nanti min update lagi yerr..
Pendek kata tak ada perkara yang senang tu sebab kita perlu berusaha untuk hidup. Ok daa.