Jumaat, 3 November 2017

THE CURSE SPM (SINOPSIS RINGKAS)



Hai-hai semua. Entry pada hari ini saya akan paparkan sedikit tentang novel yang adik-adik belajar kat sekolah tu especially yang akan menduduki SPM pada tahun ni. THE CURSE by Lee Su Ann.

Sinopsis novel ni adalah berkaitan dengan seorang anak gadis yang bernama Azreen. Dia belajar jauh di London dan dia terpaksa balik ke kampungnya disebabkan kakaknya iaitu Mahduri telah pun meninggal dunia di tempat penorehan getah. Sesampainya Azreen ke kampung dia telah terdengar gosip-gosip murahan daripada orang-orang kampung yang mengatakan kampung mereka telah disumpah kerana darah Madhuri berwarna putih bukannnya merah.

Dari hari ke hari dia mendapati ada sesuatu yang aneh berkaitan dengan kematian kakaknya dan dia pun mulai menyiasat perkara yang sebenar. Klimaks cerita ini, dia mendapati yang kematian kakaknya adalah suatu pembunuhan. Pada penghujung ceritanya, dia berjaya mengcungkil rahsia disebalik kematian kakaknya.

Di sepanjang cerita ini Azreen mempunyai seorang kawan yang digelar "the old woman" dan kawannya inilah yang selalu menyokongnya. Penghujung cerita ini, Azreen mendapat tahu yang Madhuri bukanlah kakak kandungnya. Madhuri hanyalah kakak angkatnya yang terpaksa berkahwin dengan Hj Ghani (isteri kedua) tetapi dia mencintai  Asraf dan pada malam terjadinya pembunuhan tersebut Madhuri merancang untuk lari bersama dengan Asraf dan malangnya diketahui oleh bapanya dan secara tak sengaja bapanya membunuh Madhuri disebabkan bapanya adalah seorang yang panas baran.

Tidak lama terbongkarnya pembunuhan tersebut bapanya pun meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung kerana bertemu dengan ibu kandung Madhuri yang disangkanya hantu. Azreen pun nekad untuk kembali ke London selepas kejadian tersebut.