Rabu, 15 Mei 2019

Contoh Surat Perletakan Jawatan yang Mudah dan Ringkas




Setiap yang bekerja akan ada masanya untuk melakukan keputusan untuk berhenti atas sebab-sebab tertentu. Ada juga sebab yang munasabah namun ada juga sebab yang agak tidak masuk akal. Untuk berhenti kerja proses nya sama seperti kita memohon kerja iaitu kita perlu memaklumkan perkara tersebut kepada majikan kita atau lebih jelas dengan memberi surat perletakkan jawatan. Ramai yang tak tau dan tidak begitu pasti dengan format surat perletakkan jawatan ini. Ok, di bawah saya akan tunjukkan format surat perletakkan jawatan yang ringkas.






Contoh surat perletakkan jawatan yang ringkas dalam Bahasa English:





Contoh surat perletakkan jawatan yang ringkas dalam Bahasa Melayu :







Selalunya notis/ surat perletakkan jawatan ni akan diberikan kepada majikan dalam tempoh sebulan ia bagi memudahkan pihak pengurusan untuk mencari alternatif lain atau pengganti jawatan tersebut.

Diharapkan maklumat yang dikongsikan ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga berjaya!


Sabtu, 1 Disember 2018

Antara Contoh Surat Permohonan Kerja yang Mudah dan Ringkas Bagi Pelajar Praktikal

Hello and hai u all. ok entry pada kali ini min nak post berkenaan dengan surat permohonan kerja. Selalunya untuk permohonan kerja dokumen yang diperlukan adalah resume, CV dan juga surat permohonan kerja. Jadi di sini min perjelaskan apa yang sepatutnya diletak atau dirangka di dalam surat tersebut.

CONTOH SURAT PERMOHONAN KERJA :


NAMA DAN ALAMAT PEMOHON ATAU PENULIS


NAMA, ALAMAT DAN JAWATAN PENERIMA 

TARIKH 


Tuan/ Puan (Jika tidak tahu nama)


PERMOHONAN JAWATAN SEBAGAI KERANI DI (NAMA TEMPAT)

Perkara di atas dirujuk.


Saya seperti yang bernama di atas, dengan sukacitanya ingin mengemukakan permohonan jawatan kerani di NAMA TEMPAT 

Saya pelajar dari Politeknik Mukah yang telah menjalani praktikal di INAMA TEMPAT  selama 16 minggu dan ingin memohon menjadi pekerja tetap di Institut ini.


Saya berharap permohonan saya akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan/puan. Saya sertakan sekali dengan resume saya dan kerjasama dari pihak puan amatlah saya hargai. Sekian, terima kasih.




Yang benar,




_______________
NAMA PEMOHON 



so inilah antara contoh surat pemohonan kerja tersebut. senang bukan? 


Jumaat, 3 November 2017

THE CURSE SPM (SINOPSIS RINGKAS)



Hai-hai semua. Entry pada hari ini saya akan paparkan sedikit tentang novel yang adik-adik belajar kat sekolah tu especially yang akan menduduki SPM pada tahun ni. THE CURSE by Lee Su Ann.

Sinopsis novel ni adalah berkaitan dengan seorang anak gadis yang bernama Azreen. Dia belajar jauh di London dan dia terpaksa balik ke kampungnya disebabkan kakaknya iaitu Mahduri telah pun meninggal dunia di tempat penorehan getah. Sesampainya Azreen ke kampung dia telah terdengar gosip-gosip murahan daripada orang-orang kampung yang mengatakan kampung mereka telah disumpah kerana darah Madhuri berwarna putih bukannnya merah.

Dari hari ke hari dia mendapati ada sesuatu yang aneh berkaitan dengan kematian kakaknya dan dia pun mulai menyiasat perkara yang sebenar. Klimaks cerita ini, dia mendapati yang kematian kakaknya adalah suatu pembunuhan. Pada penghujung ceritanya, dia berjaya mengcungkil rahsia disebalik kematian kakaknya.

Di sepanjang cerita ini Azreen mempunyai seorang kawan yang digelar "the old woman" dan kawannya inilah yang selalu menyokongnya. Penghujung cerita ini, Azreen mendapat tahu yang Madhuri bukanlah kakak kandungnya. Madhuri hanyalah kakak angkatnya yang terpaksa berkahwin dengan Hj Ghani (isteri kedua) tetapi dia mencintai  Asraf dan pada malam terjadinya pembunuhan tersebut Madhuri merancang untuk lari bersama dengan Asraf dan malangnya diketahui oleh bapanya dan secara tak sengaja bapanya membunuh Madhuri disebabkan bapanya adalah seorang yang panas baran.

Tidak lama terbongkarnya pembunuhan tersebut bapanya pun meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung kerana bertemu dengan ibu kandung Madhuri yang disangkanya hantu. Azreen pun nekad untuk kembali ke London selepas kejadian tersebut.






Isnin, 25 April 2016

Bidang Kesetiausahaan / Science Secretarial



Hai!! Dah lama rasanya tak buka blog ni. Biasalah kalau dah sibuk dengan study tu. Ok. Page kali ni min  nak cerita kan perkara yang lebih menarik lagi- lagi korang yang diluar sana yang berminat dengan bidang kesetiausahaan. Science Secretarial dalam english nya pula. Firstly, i thought that this course was so bored tapi bila dah dapat habis sem ni rasa tak rugi pula masuk course ni. Meh, min  citer apa yang best nya. Course ni kira layak juga bagi yang tak berminat dengan angka- angka nombor bagai ni sebab course ni kurang menggunakan math. Bukan tak ada tapi kurang berbanding dengan course yang lain.

Manakala, di Politenik Mukah subjeknya  takla susah mana. Cuma ada 1 subjek ni yang min minat sangat iaitu Shorthand semasa semester 1. Apa itu shorthand? Shorthand ni bukan tangan pendek tapi subjek ni mengajar kita menguris ayat dalam gurisan bukan tulisan. Kalau dilihat macam tulisan jawi sebab kebanyakkan dia menggunakan simbol. Ia berperanan untuk meringkaskan nota dengan gurisan dan untuk mencatat nota dengan cepat. Kalau dulunya ia berfungsi sebagai gurisan untuk mencatat maklumat rahsia syarikat.

Antara subjek- subjek nya ialah (semester 1):

  • Shorthand 1 ( Killer Subject ) 
  • Communicative English
  • Occupational Safety and Health
  • Keyboarding skill
  • Office Administration
  • Pengajian Malaysia(Umum)
  • Office Suite Software


Itu adalah antara subjek yang korang akan belajar dalam semester 1. Untuk semester yang lain nanti min  update lagi yerr..

Pendek kata tak ada perkara yang senang tu sebab kita perlu berusaha untuk hidup. Ok daa.

Rabu, 11 November 2015

MASALAH PANAU DI MUKA

  

Panau adalah masalah kulit yang sering dialami oleh golongan kanak-kanak. Malah bukan kanak- kanak sahaja, golongan remaja pun tak kurang juga. Banyak yang mengatakan panau adalah disebabkan peluh. Ya, memang betul tetapi ada beberapa punca lainnya.

PUNCA- PUNCA MASALAH PANAU:

  1. Kulit yang sensitif
  2. Kurang makan makanan yang berkhasiat
  3. Berkongsi tuala mandi
  4. membasuh muka ketika berpeluh
  5. Mandi tidak menggunakan sabun
Pendek katalah kalau anda tidak menjaga kebersihan kemungkinan masalah panau akan anda alami. Min bukan nak cakap apa sebab kebersihan itu penting. Betul tak? Anda ada masalah panau? Macam mana nak hilangkan? Soalan itu akan min  jawab untuk anda yang menghadapi masalah ni.

BAHAN YANG BOLEH MENGHILANGKAN PANAU :

  1. Bawang putih
  2. Lengkuas
  3. Halia
Di atas tu cara tradisional. Pada era yang moden ni banyak masyarakat yang inginkan cara yang mudah. Di sini aku nak syorkan pada anda semua ada satu minyak yang boleh hilangkan panau. Bahan ni min  dah cuba dulu. Min  share sikitlah sejarah min. Dulu masa masih sekolah rendah min hadapi masalah panau ni. Kalau dah gatal dan garu muka atau kulit macam mengelupas. So, mak min suruhlah min  try bahan ni. min  pakai bahan ni dalam 3 bulan je dah nampak hasilnya. kulit min dah takde putih2 lagi. Dah licin.. Tak caye? Hang trylah ye. Belum cuba belum tau. Bahan yang min  dok  cakap tu adalah BIO OIL. 

BIO OIL ni bukan saja boleh hilangkan panau tapi boleh hilangkan parut, bekas jeragat dan banyak lagi.


Kalau nak cuba boleh dapatkan di mana-mana farmasi dan kedai. Cara memakainya senang sahaja. Pastikan kulit dicuci dan dilap dengan bersih dahulu barulah boleh menggunakan BIO OIL ini. Boleh menggunakan sebarang pencuci yang sesuai dengan kulit muka anda. Oklah, samapi di sini saja entry kali ni. Semoga berjaya kepada anda yang mempunyai masalah panau di muka ni.

Selasa, 10 November 2015

RESIPI BUTTER CAKE

Hello korang2..Boring tinggal di rumah? Tak tau nak buat ape atau korang nak cari duit lebih dekat rumah? Takpe, entry kali ni boleh tolong korang kalau korang rajin punyalah. Entry kali ni min  nak share dengan korang resipi terbaru untuk hidangan simple.

Bagi yang berminat untuk membuat butter cake a.k.a kek butter. Senang jer. Korang yang xda kerja mau buat dekat rumah, daripada korang buat kerja yang  tak berfaedah bagus korang cuba buat kek butter ni. Nanti, kalau dah pro korang boleh jual. Ada juga income korang masuk. Betul tak?? Resipi ni korang patut try sebab min dah rasa memang pergghhhhh!! Sedap..

BAHAN-BAHAN :

  • Tepung Butter kek( Butter Cake Mix)- 1kilo 600gram
  • Sponge mix(Perlu ada)- 400gram
  • Telur - 1kilo 100gram
  • Buttermass - 1kilo
  • Minyak(cooking oil pun boleh)- 250gram

LANGKAH- LANGKAH:

  1. Campurkan bahan seperti tepung butter, tepung sponge kek dan buttermass.
  2. Seterusnya, pusingkan bahan tersebut menggunakan mesin pengisar.
  3. Tunggu sehingga bahan tadi menjadi kembang(warna menjadi putih)
  4. Setelah kembang, tuangkan telur tadi sedikit demi sedikit.
  5. Akhir sekali, tambah minyak dan pusing untuk beberapa minit dan alihkan bahan yang telah siap tadi ke dalam acuan/loyang yang korang suka.
* Masukkan ke dalam ketuhar sekurang- kurangnya 50 minit dengan suhu 160/165 darjah celcius.

Oklah, korang selamat mencuba. Kalau dah masak tu share2 lah dengan jiran2 ok. Next time, min share resipi yang lain pula ya. Bubbye!


Isnin, 9 November 2015

CURHAT SEORANG GADIS

CURHAT SEORANG GADIS

Selamat Sejahtera dan salam satu Malaysia. Wah2 cam bersajaklah pulak. Haha. Tak sedar, pejam celik sekarang dah nak sampai ke penghujung tahun. Begitu cepatnya masa bergerak. Tahun bertukar tahun tapi aku ni masih ngak sengkek. Masih pokai. Biasalah masih bergelar "student". Korang yang bekerja untung ada gak duit masuk tiap- tiap bulan. Hurmm..

Bagi akulah pengalaman nak cari kerjalah paling susah. Leceh sebenarnya nak pergi interviewlah nak sediakan document penting. Tapi, itulah hakikat yang perlu kita hadapi dalam dunia manusia. Entry kali ni aku nak sharelah kat korang macam mana kelam kabutnya aku masa nak cari kerja sampailah aku dah dapat kerja..


Masa tu aku baru jer lepas abis spm. Nak cari duit lebih punya pasal aku pi ikutlah kawan ku cari kerja dekat supermarket yang taklah jauh dari rumah. Masa tu masih xtau apa2 aku dan kekawan pakailah baju biasa2 je pergi minta kerja. Belum lagi masuk dalam ofis sudah kena tahan dekat kaunter sebab pakaian kami tak mencukupi syarat.

Keesokan harinya kami datang lagi tapi dah pakai sopan-sopan dah. Yelah, kang pakai biasa2 orang cakap xfaham bahasa pulak. Masuklah kami dalam ofis, mereka bagi 2 borang mahu kena isi. Saat tu aku dah panas punggung. Xtau nak isi apa lagipula borang tu formal sangat.
Akhirnya, kami main hentam jer isi. Tunggu dalam 15 minit cam tu nama aku dah kena panggil mahu diinterview. Punyalah gelabah saat tu. Ok, make it shortlah aku xdapat kerja tu sebab apa? sebab aku pergi interview tu macam lah aku nak pergi makan. Sehelai sepinggang. Moral of the story, korang patut eh bukan patutlah tapi wajib bawa document penting korang, sediakan diri korang, dan make sure korang tidak tergagap jawab soalan si interview macam aku.


DOCUMENT YANG PATUT DIBAWA :

  1. Kad pengenalan (bersama dengan photostate sekali)
  2. Lesen (Kalau ada)
  3. Surat beranak
  4. Sijil Lahir
  5. Slip SPM (kalau dah adalah)
Dan segala-gala document sekolah. Mana tau diperlukan nanti. Lagi bagus korang bawa jelah semua document yang ada. Senang xpayah kelam kabut. Akhir sekali, muhasabah diri dan sediakan diri dari fizikal dan mental.

Oklah, setakat ni jelah apa yang boleh aku share ngan korang. Mudah- mudahan berguna juga serba sedikit..hehe..