CURHAT SEORANG GADIS
Bagi akulah pengalaman nak cari kerjalah paling susah. Leceh sebenarnya nak pergi interviewlah nak sediakan document penting. Tapi, itulah hakikat yang perlu kita hadapi dalam dunia manusia. Entry kali ni aku nak sharelah kat korang macam mana kelam kabutnya aku masa nak cari kerja sampailah aku dah dapat kerja..
Masa tu aku baru jer lepas abis spm. Nak cari duit lebih punya pasal aku pi ikutlah kawan ku cari kerja dekat supermarket yang taklah jauh dari rumah. Masa tu masih xtau apa2 aku dan kekawan pakailah baju biasa2 je pergi minta kerja. Belum lagi masuk dalam ofis sudah kena tahan dekat kaunter sebab pakaian kami tak mencukupi syarat.
Keesokan harinya kami datang lagi tapi dah pakai sopan-sopan dah. Yelah, kang pakai biasa2 orang cakap xfaham bahasa pulak. Masuklah kami dalam ofis, mereka bagi 2 borang mahu kena isi. Saat tu aku dah panas punggung. Xtau nak isi apa lagipula borang tu formal sangat.
Akhirnya, kami main hentam jer isi. Tunggu dalam 15 minit cam tu nama aku dah kena panggil mahu diinterview. Punyalah gelabah saat tu. Ok, make it shortlah aku xdapat kerja tu sebab apa? sebab aku pergi interview tu macam lah aku nak pergi makan. Sehelai sepinggang. Moral of the story, korang patut eh bukan patutlah tapi wajib bawa document penting korang, sediakan diri korang, dan make sure korang tidak tergagap jawab soalan si interview macam aku.
DOCUMENT YANG PATUT DIBAWA :
- Kad pengenalan (bersama dengan photostate sekali)
- Lesen (Kalau ada)
- Surat beranak
- Sijil Lahir
- Slip SPM (kalau dah adalah)
Dan segala-gala document sekolah. Mana tau diperlukan nanti. Lagi bagus korang bawa jelah semua document yang ada. Senang xpayah kelam kabut. Akhir sekali, muhasabah diri dan sediakan diri dari fizikal dan mental.
Oklah, setakat ni jelah apa yang boleh aku share ngan korang. Mudah- mudahan berguna juga serba sedikit..hehe..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan