Isnin, 9 November 2015

RESEPI EGG TART



Hai3! Dah lama agaknya min tak layan blog ni. Busy dengan lumrah hiduplah katakan...
Oklah. Entry kali ni, min nak share sikit kat korang cam ne mau buat egg tart yang min rasa boleh tahan gak rasanya. Kalau korang nak tau cam ne rasa nya cubalah resepi ni. Tapi ni min share resepi dalam kuantiti yang banyaklah ya. 


BAHAN- BAHAN ( untuk skin tart)

  • ·         Tepung Gandum – 3kilo
  • ·         Telur – 10 biji
  • ·         Tepung susu (Milk powder) – 450gram
  • ·         Minyak butter ( Butter oil) – 450gram
  • ·         Gula – 700gram
  • ·         Buttermass – 1kilo 500gram


BAHAN – BAHAN (tart filling)

  • ·        Susu( full cream milk) –5kilo 600gram
  • ·        Gula- 1kilo 600gram
  • ·        Custard powder(kalau xda pun xpa) – 160gram
  • ·        Telur – 64 biji
  • ·        Perwarna( lemon)



LANGKAH- LANGKAH  (tart skin)

1 Tapis tepung jika korang pakai tepung yang xbertapislah cam Green Horse.

2    Timbang kesemua bahan yang tadi seperti tepung susu, minyak butter, gula, dan buttermass dan campur kesemua sekali.

3    .Seterusnya, masukkan telur dan pasang pada machine permutar sehingga  bahan yang tadi tidak melekat di tangan ketika ditekan.( Kalau masih melekat tambah tepung sedikit)

4   Setelah itu, tekan skin tu ke dalam acuannya yang kecik plus bulat.




LANGKAH- LANGKAH (tart filling)

1      Campurkan bahan seperti susu, gula dan custard powder.

2    Pukul bahan tersebut menggunakan pemukul yang apa entah namanya..hehe Dan make sure korang pukul nya sehingga semua bahan tersebut larut terutamanya gula.

3    Seterusnya, pecahkan telur dan pukul menggunakan pemukul yang tadi.

4    Pukul telur tersebut dan jangan biarkan telur putih terlalu banyak kerana kalau telur putih terlalu banyak, filling korang akan cepat rosak dan xdapat diggunakan lagi.

5    Tambahkan pewarna sedikit dan wajib tapis filling tersebut.

PROSSES TERAKHIR

  • Susun kan skin tadi dan jangan terlalu dekat. Dan tambahkan filling yang tadi di atas skin tart. Akhirnya, masukkan ke dalam oven/ketuhar selama 35 minit bersamaan dengan suhu 180 darjah celcius.(betul ke tidak ejaan tu.xpe janji korang faham)


Yaa, itulah resepi egg tart yang mungkin terlalu susah tetapi rasanya korang pasti tak menyesal korang buat. Sedapp gilerrr…Min dah try korang trylah. Resipi ni korang boleh jual banyak tau so,  tak rugi lah korang cuba.


 CONTOH GAMBAR PEMUKUL


 CONTOH GAMBAR ACUAN TART

 CONTOH GAMBAR MESIN PEMUTAR

 CONTOH GAMBAR TART SKIN YANG TELAH SIAP DITEKAN



 CONTOH SUSUNAN  EGG TART SKIN

CONTOH GAMBAR EGG TART YANG TELAH SIAP DAN BOLEH DIJUAL.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan