Rabu, 11 November 2015

MASALAH PANAU DI MUKA

  

Panau adalah masalah kulit yang sering dialami oleh golongan kanak-kanak. Malah bukan kanak- kanak sahaja, golongan remaja pun tak kurang juga. Banyak yang mengatakan panau adalah disebabkan peluh. Ya, memang betul tetapi ada beberapa punca lainnya.

PUNCA- PUNCA MASALAH PANAU:

  1. Kulit yang sensitif
  2. Kurang makan makanan yang berkhasiat
  3. Berkongsi tuala mandi
  4. membasuh muka ketika berpeluh
  5. Mandi tidak menggunakan sabun
Pendek katalah kalau anda tidak menjaga kebersihan kemungkinan masalah panau akan anda alami. Min bukan nak cakap apa sebab kebersihan itu penting. Betul tak? Anda ada masalah panau? Macam mana nak hilangkan? Soalan itu akan min  jawab untuk anda yang menghadapi masalah ni.

BAHAN YANG BOLEH MENGHILANGKAN PANAU :

  1. Bawang putih
  2. Lengkuas
  3. Halia
Di atas tu cara tradisional. Pada era yang moden ni banyak masyarakat yang inginkan cara yang mudah. Di sini aku nak syorkan pada anda semua ada satu minyak yang boleh hilangkan panau. Bahan ni min  dah cuba dulu. Min  share sikitlah sejarah min. Dulu masa masih sekolah rendah min hadapi masalah panau ni. Kalau dah gatal dan garu muka atau kulit macam mengelupas. So, mak min suruhlah min  try bahan ni. min  pakai bahan ni dalam 3 bulan je dah nampak hasilnya. kulit min dah takde putih2 lagi. Dah licin.. Tak caye? Hang trylah ye. Belum cuba belum tau. Bahan yang min  dok  cakap tu adalah BIO OIL. 

BIO OIL ni bukan saja boleh hilangkan panau tapi boleh hilangkan parut, bekas jeragat dan banyak lagi.


Kalau nak cuba boleh dapatkan di mana-mana farmasi dan kedai. Cara memakainya senang sahaja. Pastikan kulit dicuci dan dilap dengan bersih dahulu barulah boleh menggunakan BIO OIL ini. Boleh menggunakan sebarang pencuci yang sesuai dengan kulit muka anda. Oklah, samapi di sini saja entry kali ni. Semoga berjaya kepada anda yang mempunyai masalah panau di muka ni.

Selasa, 10 November 2015

RESIPI BUTTER CAKE

Hello korang2..Boring tinggal di rumah? Tak tau nak buat ape atau korang nak cari duit lebih dekat rumah? Takpe, entry kali ni boleh tolong korang kalau korang rajin punyalah. Entry kali ni min  nak share dengan korang resipi terbaru untuk hidangan simple.

Bagi yang berminat untuk membuat butter cake a.k.a kek butter. Senang jer. Korang yang xda kerja mau buat dekat rumah, daripada korang buat kerja yang  tak berfaedah bagus korang cuba buat kek butter ni. Nanti, kalau dah pro korang boleh jual. Ada juga income korang masuk. Betul tak?? Resipi ni korang patut try sebab min dah rasa memang pergghhhhh!! Sedap..

BAHAN-BAHAN :

  • Tepung Butter kek( Butter Cake Mix)- 1kilo 600gram
  • Sponge mix(Perlu ada)- 400gram
  • Telur - 1kilo 100gram
  • Buttermass - 1kilo
  • Minyak(cooking oil pun boleh)- 250gram

LANGKAH- LANGKAH:

  1. Campurkan bahan seperti tepung butter, tepung sponge kek dan buttermass.
  2. Seterusnya, pusingkan bahan tersebut menggunakan mesin pengisar.
  3. Tunggu sehingga bahan tadi menjadi kembang(warna menjadi putih)
  4. Setelah kembang, tuangkan telur tadi sedikit demi sedikit.
  5. Akhir sekali, tambah minyak dan pusing untuk beberapa minit dan alihkan bahan yang telah siap tadi ke dalam acuan/loyang yang korang suka.
* Masukkan ke dalam ketuhar sekurang- kurangnya 50 minit dengan suhu 160/165 darjah celcius.

Oklah, korang selamat mencuba. Kalau dah masak tu share2 lah dengan jiran2 ok. Next time, min share resipi yang lain pula ya. Bubbye!


Isnin, 9 November 2015

CURHAT SEORANG GADIS

CURHAT SEORANG GADIS

Selamat Sejahtera dan salam satu Malaysia. Wah2 cam bersajaklah pulak. Haha. Tak sedar, pejam celik sekarang dah nak sampai ke penghujung tahun. Begitu cepatnya masa bergerak. Tahun bertukar tahun tapi aku ni masih ngak sengkek. Masih pokai. Biasalah masih bergelar "student". Korang yang bekerja untung ada gak duit masuk tiap- tiap bulan. Hurmm..

Bagi akulah pengalaman nak cari kerjalah paling susah. Leceh sebenarnya nak pergi interviewlah nak sediakan document penting. Tapi, itulah hakikat yang perlu kita hadapi dalam dunia manusia. Entry kali ni aku nak sharelah kat korang macam mana kelam kabutnya aku masa nak cari kerja sampailah aku dah dapat kerja..


Masa tu aku baru jer lepas abis spm. Nak cari duit lebih punya pasal aku pi ikutlah kawan ku cari kerja dekat supermarket yang taklah jauh dari rumah. Masa tu masih xtau apa2 aku dan kekawan pakailah baju biasa2 je pergi minta kerja. Belum lagi masuk dalam ofis sudah kena tahan dekat kaunter sebab pakaian kami tak mencukupi syarat.

Keesokan harinya kami datang lagi tapi dah pakai sopan-sopan dah. Yelah, kang pakai biasa2 orang cakap xfaham bahasa pulak. Masuklah kami dalam ofis, mereka bagi 2 borang mahu kena isi. Saat tu aku dah panas punggung. Xtau nak isi apa lagipula borang tu formal sangat.
Akhirnya, kami main hentam jer isi. Tunggu dalam 15 minit cam tu nama aku dah kena panggil mahu diinterview. Punyalah gelabah saat tu. Ok, make it shortlah aku xdapat kerja tu sebab apa? sebab aku pergi interview tu macam lah aku nak pergi makan. Sehelai sepinggang. Moral of the story, korang patut eh bukan patutlah tapi wajib bawa document penting korang, sediakan diri korang, dan make sure korang tidak tergagap jawab soalan si interview macam aku.


DOCUMENT YANG PATUT DIBAWA :

  1. Kad pengenalan (bersama dengan photostate sekali)
  2. Lesen (Kalau ada)
  3. Surat beranak
  4. Sijil Lahir
  5. Slip SPM (kalau dah adalah)
Dan segala-gala document sekolah. Mana tau diperlukan nanti. Lagi bagus korang bawa jelah semua document yang ada. Senang xpayah kelam kabut. Akhir sekali, muhasabah diri dan sediakan diri dari fizikal dan mental.

Oklah, setakat ni jelah apa yang boleh aku share ngan korang. Mudah- mudahan berguna juga serba sedikit..hehe..



RESEPI EGG TART



Hai3! Dah lama agaknya min tak layan blog ni. Busy dengan lumrah hiduplah katakan...
Oklah. Entry kali ni, min nak share sikit kat korang cam ne mau buat egg tart yang min rasa boleh tahan gak rasanya. Kalau korang nak tau cam ne rasa nya cubalah resepi ni. Tapi ni min share resepi dalam kuantiti yang banyaklah ya. 


BAHAN- BAHAN ( untuk skin tart)

  • ·         Tepung Gandum – 3kilo
  • ·         Telur – 10 biji
  • ·         Tepung susu (Milk powder) – 450gram
  • ·         Minyak butter ( Butter oil) – 450gram
  • ·         Gula – 700gram
  • ·         Buttermass – 1kilo 500gram


BAHAN – BAHAN (tart filling)

  • ·        Susu( full cream milk) –5kilo 600gram
  • ·        Gula- 1kilo 600gram
  • ·        Custard powder(kalau xda pun xpa) – 160gram
  • ·        Telur – 64 biji
  • ·        Perwarna( lemon)



LANGKAH- LANGKAH  (tart skin)

1 Tapis tepung jika korang pakai tepung yang xbertapislah cam Green Horse.

2    Timbang kesemua bahan yang tadi seperti tepung susu, minyak butter, gula, dan buttermass dan campur kesemua sekali.

3    .Seterusnya, masukkan telur dan pasang pada machine permutar sehingga  bahan yang tadi tidak melekat di tangan ketika ditekan.( Kalau masih melekat tambah tepung sedikit)

4   Setelah itu, tekan skin tu ke dalam acuannya yang kecik plus bulat.




LANGKAH- LANGKAH (tart filling)

1      Campurkan bahan seperti susu, gula dan custard powder.

2    Pukul bahan tersebut menggunakan pemukul yang apa entah namanya..hehe Dan make sure korang pukul nya sehingga semua bahan tersebut larut terutamanya gula.

3    Seterusnya, pecahkan telur dan pukul menggunakan pemukul yang tadi.

4    Pukul telur tersebut dan jangan biarkan telur putih terlalu banyak kerana kalau telur putih terlalu banyak, filling korang akan cepat rosak dan xdapat diggunakan lagi.

5    Tambahkan pewarna sedikit dan wajib tapis filling tersebut.

PROSSES TERAKHIR

  • Susun kan skin tadi dan jangan terlalu dekat. Dan tambahkan filling yang tadi di atas skin tart. Akhirnya, masukkan ke dalam oven/ketuhar selama 35 minit bersamaan dengan suhu 180 darjah celcius.(betul ke tidak ejaan tu.xpe janji korang faham)


Yaa, itulah resepi egg tart yang mungkin terlalu susah tetapi rasanya korang pasti tak menyesal korang buat. Sedapp gilerrr…Min dah try korang trylah. Resipi ni korang boleh jual banyak tau so,  tak rugi lah korang cuba.


 CONTOH GAMBAR PEMUKUL


 CONTOH GAMBAR ACUAN TART

 CONTOH GAMBAR MESIN PEMUTAR

 CONTOH GAMBAR TART SKIN YANG TELAH SIAP DITEKAN



 CONTOH SUSUNAN  EGG TART SKIN

CONTOH GAMBAR EGG TART YANG TELAH SIAP DAN BOLEH DIJUAL.

Khamis, 5 November 2015

RESEPI CHIFFON KEK PANDAN YANG SIMPLE!



BAHAN -BAHAN YANG DIPERLUKAN

-Tepung Chiffon(Chiffon mix) 2kilo
-Telur 2kilo
-Air 500g
-Minyak 500g
-Perwarna pandan( pandan emulco)


LANGKAH- LANGKAH

-Campurkan semua bahan di atas kecuali minyak dan perwarna pandan.
-Tunggu sehingga ia kembang dan menjadi putih.
-Setelah kembang , campurkan perwarna dan seterusnya minyak(cooking oil)
-Alihkan adunan tadi ke dalam loyang yang bulat
-Akhir sekali, masukkan ke dalam ketuhar selama 25 minit dan temperature yang sederhana.